Sunday, 11 December 2011

WICARA BAHASA


Kosa kata bagi binatang ternakan


Kosa kata bagi buah-buahan


Kosa kata bagi warna


Kosa kata bagi pekerjaan

Wednesday, 7 December 2011



Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 
           Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.  Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.
           Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu   adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain. 
           Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua   pelajar  dalam semua keadaan.  Kaedah harus berubah  mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar.  Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.  


BAHASA KITA
(baca bersama ruangan Sastera dalam BERITA HARIAN hari ini, 07 Julai 2011)











terima kasih Dr. Collins
belajar bahasa kami
bertutur bahasa kami
menegur tentang bahasa kami.

malunya aku ini
melihat dasar kepimpinan kami
tentang bahasa Melayu kami ini.

malunya aku ini
bila politikus kami
tanpa segan berbahasa Inggeris fasih
melebihi bahasa ibuanda sendiri
saat berkomentar dalam berita-berita
berbahasa kami.

Monday, 5 December 2011




Inkuiri Dalam Penggunaan Akhbar

 Para peserta bengkel ADaP meneliti kandungan akhbar Utusan Malaysia, di SK Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.



PASIR GUDANG - "Cuba anda bayangkan kenapa boleh berlaku serangan bakteria di beberapa pusat peranginan sejak- akhir-akhir ini? Apakah bakteria? Boleh berikan contoh bakteria?
"Cuba pula lihat gambar tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa sekeluarga enam anak beranak ini. Daripada grafik lokasi kejadian seperti yang tertera, boleh anda ceritakan bagai manakah kemalangan ini berlaku dan bagaimanakah ia boleh dielakkan?
"Tuliskan lima ayat, setiap ayat mengandungi simpulan bahasa, nilai murni atau pandangan anda sendiri tentang kejadian tersebut.
"Bolehkah anda huraikan rencana pengarang menggunakan peta minda? Cuba kenal pasti kosa kata yang boleh anda guna ketika menulis karangan kelak. Buat ayat anda sendiri tidak melebihi 15 patah perkataan."
Soalan yang dipetik daripada isu semasa di akhbar Utusan Malaysia ini merupakan pendekatan inkuiri yang benar-benar mengikut konteks peristiwa semasa sepanjang bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dilaksanakan.
Hal ini menarik perhatian Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor, Yusri Zakariah untuk mengaplikasi ADaP dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru di sekolah berkenaan.
"Kita menggunakan sisipan ADaP Ujian Pen- capaian Sekolah Rendah (UPSR) pada setiap Selasa, dan selepas mengikuti bengkel ini, kita akan gunakan pula akhbar Utusan Malaysia dalam pembelajaran," katanya.
Seramai 100 peserta daripada keseluruhan 445 calon UPSR 2010 mengikuti bengkel berkenaan yang berlangsung selama dua jam.Kata Yusri, sekolah tidak mempunyai banyak masalah untuk melanggan akhbar kerana mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta institusi kewangan.
"Sebagai contoh, Bank Islam menyumbang kira-kira RM16,000 setahun untuk digunakan oleh pihak sekolah membiayai beberapa program, khususnya bagi pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan," kata Yusri.



PESTA  BUKU  TERBESAR  UTeM


Pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta dijemput ke Pesta Buku Terbesar 2011 anjuran Penerbit Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di kampus induknya bermula hari ini sehingga 12 Oktober 2011.Pengarah  Program, Ruziah Ali berkata, sehingga kini sebanyak 12 organisasi dan syarikat penerbitan dari seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka di pameran ini."Lebih daripada 6000 naskhah buku ilmiah dan bahan bacaan umum untuk jualan kepada orang ramai," katanya.



Para pengunjung juga berpeluang untuk memiliki buku-buku dan koleksi bacaan pilihan ramai yang terhangat di pasaran di samping menikmati diskaun serta potongan harga hebat.Selain itu, beberapa aktiviti menarik turut disusun dan akan dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung seperti cabutan bertuah, bicara buku dan banyak lagi.