Monday 5 December 2011




Inkuiri Dalam Penggunaan Akhbar

 Para peserta bengkel ADaP meneliti kandungan akhbar Utusan Malaysia, di SK Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor, baru-baru ini.



PASIR GUDANG - "Cuba anda bayangkan kenapa boleh berlaku serangan bakteria di beberapa pusat peranginan sejak- akhir-akhir ini? Apakah bakteria? Boleh berikan contoh bakteria?
"Cuba pula lihat gambar tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa sekeluarga enam anak beranak ini. Daripada grafik lokasi kejadian seperti yang tertera, boleh anda ceritakan bagai manakah kemalangan ini berlaku dan bagaimanakah ia boleh dielakkan?
"Tuliskan lima ayat, setiap ayat mengandungi simpulan bahasa, nilai murni atau pandangan anda sendiri tentang kejadian tersebut.
"Bolehkah anda huraikan rencana pengarang menggunakan peta minda? Cuba kenal pasti kosa kata yang boleh anda guna ketika menulis karangan kelak. Buat ayat anda sendiri tidak melebihi 15 patah perkataan."
Soalan yang dipetik daripada isu semasa di akhbar Utusan Malaysia ini merupakan pendekatan inkuiri yang benar-benar mengikut konteks peristiwa semasa sepanjang bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) dilaksanakan.
Hal ini menarik perhatian Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor, Yusri Zakariah untuk mengaplikasi ADaP dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) oleh guru di sekolah berkenaan.
"Kita menggunakan sisipan ADaP Ujian Pen- capaian Sekolah Rendah (UPSR) pada setiap Selasa, dan selepas mengikuti bengkel ini, kita akan gunakan pula akhbar Utusan Malaysia dalam pembelajaran," katanya.
Seramai 100 peserta daripada keseluruhan 445 calon UPSR 2010 mengikuti bengkel berkenaan yang berlangsung selama dua jam.Kata Yusri, sekolah tidak mempunyai banyak masalah untuk melanggan akhbar kerana mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta institusi kewangan.
"Sebagai contoh, Bank Islam menyumbang kira-kira RM16,000 setahun untuk digunakan oleh pihak sekolah membiayai beberapa program, khususnya bagi pelajar tahun enam yang akan menduduki peperiksaan," kata Yusri.

No comments:

Post a Comment